Wednesday 18 December 2013

Apa Itu TAKAFUL?

1. TAKAFUL ialah skim saling bantu membantu berdasarkan prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk memberi sumbangan berdasarkan Tabarru' (menderma) ke dalam dana - DANA RISIKO PESERTA yang akan digunakan untuk saling membantu di saat diperlukan.

2. AIA PUBLIC TAKAFUL sebagai Pengendali Takaful adalah diamanahkan untuk melabur dengan sewajarnya dan menguruskan dana ini menurut strategi pelaburan yang dilunaskan dengan prinsip-prinsip syariah.

3. Perbezaan di antara TAKAFUL dan INSURANS:


4. Komponen utama dalam industri TAKAFUL iaitu Peserta, Pengendali dan Saluran Pengantara. Peserta Takaful dikenali sebagai pemegang polisi atau dalam skim takaful dikenali sebagai Peserta. Peserta terdiri daripada pihak individu, organisasi perniagaan dan korporat, syarikat-syarikat awam, badan-badan kerajaan dan separa kerajaan.

5. Pengendali Takaful adalah pentadbir dan pengurus kumpulan dana takaful. Mengunderait atau underwriting perniagaan takaful dan bertindak sebagai pentadbir. Operasi Takaful Am dan Takaful Keluarga berlandaskan undang-undang Islam dan Syariah.

6. Saluran Pengantara terdiri daripada Agen Takaful, Broker Takaful, Banktakaful dan Ajuster.

i. Agen Takaful: diberi kuasa untuk memasuki mana-mana kontrak bagi pihak pengendali takaful, pemasaran dan memberikan khidmat produk, menerima komisyen daripada pengendali takaful. Perlu lulus peperiksaan asas takaful. Boleh beroperasi secara sambilan dan sepenuh masa.

ii. Broker Takaful: pengentara sepenuh masa yang bertindak sebagai perunding yang mewakili peserta takaful. Perkhidmatan broker kebiasaannya diperlukan oleh pelanggan komersil. Lesen broker perlu diperolehi daripada Persatuan Broker-Broker Insurans Malaysia (IBAM). Perlu menubuhkan badan korporat dengan keperluan modal tidak kurang daripada RM500,000 dan dikehendaki mempunyai indemnity profesional tidak kurang daripada RM500,000.

iii. Banktakaful: agihan produk takaful melalui saluran agihan yang ditubuhkan oleh bank. Dikehendaki mematuhi keperluan pengawalseliaan berhubungan dengan banktakaful.

iv. Ajuster: pengantara takaful yang akan menyiasat tuntutan, menilai kerugian yang kena bayar dan mengesyorkan penyelesaian tuntutan.

Mohamad Khir
Life Planner Consultant
AIA Public Takaful

No comments:

Post a Comment