Wednesday 18 December 2013

A-Mas : Pelan Perlindungan dan Berkaitan Pelaburan

Apakah itu A-Mas?

1. A-Mas adalah pelan ILT caruman tetap yang menawarkan kombinasi yang terdiri daripada perlindungan takaful dan pelaburan. Pelbagai jenis faedah boleh dipilih dengan melampirkan bersama pelan takaful berkaitan pelaburan bagi menambahkan perlindungan takaful.

FAEDAH
Apakah perlindungan/faedah yang disediakan?

1. Faedah Kematian
Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum tarikh matang dan semasa sijil semasa masih berkuatkuasa, jumlah yang dilindungi dan Nilai Akaun akan dibayar. Jika orang dilindungi adalah seorang budak, faedah kematian akan dibayar mengikut Peratusan Lien Juvenil seperti berikut:

i. Kurang 1 tahun - 20% daripada jumlah dilindungi
ii. 1 tahun - 40% daripada jumlah dilindungi
iii. 2 tahun - 60% daripada jumlah dilindungi
iv. 3 tahun - 80% daripada jumlah dilindungi
v. 4 tahun ke atas - 100% daripada jumlah dilindungi

2. Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
Apabila anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, anda akan menerima bayaran hilang upaya dalam jumlah sekaligus yang didahulukan daripada 100% amaun perlindungan TPD atau 10% daripada amaun perlindungan TPD dalam setiap dua tahun pertama, diikuti dengan baki 80% lagi dalam tahun ketiga, bergantung kepada jenis TPD itu.

3. Faedah Kematangan
Jika sijil masih berkuatkuasa dan orang dilindungi masih hidup pada tarikh matang maka Nilai Akaun akan dibayar.

4. Dua Tahun Perlindungan Berterusan
Sijil ini akan memberi perlindungan yang berterusan selama 2 tahun yang pertama  sijil jika Nilai Akaun tidak mencukupi untuk membayar Caj Tabarru' dan Caj Perkhidmatan Bulanan.

Apakah saya dibenarkan melampirkan sebarang faedah (riders) di pelan ini?

1. Penepian Caruman (Waiver of Contribution)
Mengenepikan dan membayar caruman sijil atas nama peserta sekiranya orang dilindungi didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang tertentu atau hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum berumur 60 tahun.

2. Penyakit Kritikal (Critical Illness)
Jumlah yang dilindungi bagi faedah penyakit kritikal akan dibayar sekaligus apabila didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang tertentu atau menjalani sebarang pembedahan terlindung untuk menolong anda menampung kos perubatan tambahan.

3. Kemalangan Diri (Personal Accident)
Menyediakan perlindungan untuk kecederaan atau kematian akibat kemalangan.

4. Penghospitalan dan Pembedahan (Hospitalization and Surgical)
Menyediakan perlindungan yang menolong menampung akaun perbelanjaan perubatan anda yang ditanggung semasa penghospitalan.

FLEKSIBILITI PELABURAN
Apakah jenis tambah nilai (top-up) yang ada?

Terdapat 2 jenis kemudahan tambah nilai fleksibiliti:
  • Tambah Nilai - Minimum RM500
  • Tambah Nilai Berjadual - RM600 setahun dalam gandaan RM12
Bolehkah saya membuat pengeluaran separa daripada A-Mas?

Ya, pengeluaran separa dibenarkan untuk A-Mas. Pengeluaran minimum ialah RM1,000 dan baki Nilai Akaun mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 selepas pengeluaran.

Adakah saya dibenar menukar dana pelaburan saya?

Ya, anda boleh menukar dana sekerap yang anda suka untuk menikmati kelebihan daripada memilih dan menukar strategi pelaburan. Malah kami menyediakan penukaran yang tiada terhad bagi setiap sijil tahunan tanpa sebarang caj. Ini membolehkan anda menerokai peluang-peluang pelaburan apabila ia muncul, lantas memberi peluang untuk memaksimumkan potensi peluang anda.

KELAYAKAN
Adakah saya layak memohon pelan A-Mas?

Pelan ini layak untuk individu berumur daripada 4 minggu hingga 65 tahun, tertakluk kepada kelulusan daripada pengunderaitan kami.

PERLINDUNGAN
Bilakah perlindungan takaful saya bermula?

Perlindungan anda bermula dari tarikh permohonan anda lengkap diisi dan ditandatangani itu diluluskan oleh kami dan apabila kami menerima caruman yang sewajarnya.

CARUMAN
Berapakah caruman tahunan minimum bagi pelan ini?

Caruman tahunan minimum untuk pelan ini ialah RM1,800.

Apakah tempoh pembayaran caruman bagi pelan ini?

Tempoh caruman dibayar ialah sehingga orang dilindungi berumur 99 tahun.

Apakah mod bayaran yang disediakan bagi pembayaran caruman?

Mod bayaran adalah sekali setahun, 2 kali setahun, 4 kali setahun atau sekali sebulan.

Bagaimana anda boleh membuat bayaran?

Caruman boleh dibayar dengan salah satu cara berikut:

i. Secara tunai atau dengan cek. Bagi bayaran dengan cek, sila bayar atas nama AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.
ii. Kad kredit.

Apakah itu cuti caruman (contribution holiday)?

Cuti caruman ialah apabila anda berhenti membayar caruman buat sementara. Ciri ini memberi anda fleksibiliti apabila menghadapi kesempitan kewangan. Walau bagaimanapun, Caj Tabarru' untuk sijil asas dan rider akan terus dipotong daripada Dana Pelaburan Peserta dan terdapat kemungkinan berlakunya keluputan apabila caj-caj yang dikehendaki, termasuk caj rider, melebihi nilai unit-unit dana berkaitan-pelaburan yang ada.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai A-Mas atau pelan takaful AIA PUBLIC atau rider yang lain, anda boleh menghubungi ejen takaful Mohamad Khir di talian 019-9904880 atau emel kepada khir.aiapublictakaful@gmail.com.

Mohamad Khir Ismail
Life Planner Consultant
AIA Public Takaful Bhd

No comments:

Post a Comment