Thursday 19 December 2013

A-Medik : Pelan Perlindungan Takaful Perubatan

A-Medik adalah direka khas bagi menyediakan pelbagai faedah yang dinyatakan di bawah:

Sepintas lalu tentang A-Medik

  • Perlindungan perubatan dan kemasukan hospital yang menyeluruh
  • Pilihan untuk melanjutkan perlindungan melangkaui pelan individu
  • Pakej KELUARGA dibenarkan
  • TIADA had seumur hidup
  • Perlindungan sehingga umur mencapai 99 tahun
  • Pilihan 5 pelan perubatan takaful yang MAMPU DIMILIKI
  • Elaun Tunai Harian apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan
5 Pelan Mampu Milik Produk A-Medik:
  • AM 150
  • AM 200
  • AM 250
  • AM 300
  • AM 350
Jadual Faedah



Faedah Pelan Pakej Keluarga

Anda mempunyai PILIHAN MEMPAKEJKAN pelan A-Medik untuk melanjutkan perlindungan kepada KELUARGA iaitu pasangan dan/atau anak-anak.

Terdapat 4 jenis Pakej Keluarga yang dibenarkan di bawah pelan A-Medik:

  1. Orang Dilindungi.
  2. Orang Dilindungi dan pasangan (hanya seorang pasangan boleh dilindungi).
  3. Orang Dilindungi, pasangan dan maksimum 4 orang anak.
  4. Orang Dilindungi dan maksimum 4 orang anak.
ANDA boleh memohon untuk melanjutkan perlindungan kepada:
  1. Maksimum 4 orang anak.
  2. Maksimum 4 orang anak dari perkahwinan semasa dan/atau yang sebelumnya dan tertakluk kepada kelulusan oleh APTB.
  3. Sehingga maksimum 4 orang anak sahaja.
Kesemua ahli keluarga yang dilindungi dalam 1 pelan akan dilindungi bagi jumlah yang sama.

A-Medik : Ciri-Ciri Penting

  • Umur Kelayakan: Dari umur 4 minggu hingga 60 tahun (umur ulangtahun akhir)
  • Tempoh Perlindungan: Sehingga mencapai umur 99 tahun
  • Tempoh Caruman: Perlu dibayar sehingga Orang Dilindungi mencapai umur 99 tahun pada tarikh ulangtahun sijil
  • Frekuensi Caruman: Tahunan, Setengah Tahunan, Suku Tahunan dan Bulanan
  • Cara Caruman: Tunai, Cek, Kad Kredit, Auto Debit
  • Kadar Caruman: Sila rujuk Jadual Kadar Caruman Tahunan
  • Perkongsian Lebihan: Sebarang lebihan yang dihasilkan dari dana risiko akan dikongsi antara Pengendali Takaful dan Peserta mengikut nisbah 50:50
  • Penyerahan Sijil: Bayaran Balik Caruman (tidak digunapakai bagi bayaran mod bulanan)
A-Medik - Anda Tanya, Kami Jawab (FAQ)

Siapa yang layak untuk pelan A-Medik?
ANDA boleh menyertai pelan A-Medik dengan syarat anda telah memenuhi syarat-syarat pengunderaitan kami. Pelan A-Medik ini amat sesuai jika ANDA sedang mencari satu pelan perlindungan perubatan takaful yang boleh dilanjutkan kepada ahli KELUARGA.

Apakah yang dikecualikan dari pelan A-Medik?
A-Medik tidak menyediakan faedah perlindungan ke atas Kematian, Hilang Upaya Kekal, Penyakit Kritikal atau Faedah Kematangan.

Bagaimanakah cara untuk saya melanjutkan perlindungan perubatan dan kemasukan hospital kepada KELUARGA dengan A-Medik?
ANDA perlulah menyertai pelan A-Medik terlebih dahulu dan kemudian memilih Pakej Keluarga kami.

Apakah perbelanjaan yang akan dibayar di bawah Faedah Pemindahan Perubatan Kecemasan?
Kami akan membayar perbelanjaan bagi kos pengangkutan yang perlu, khidmat perubatan dan bekalan perubatan dan/atau yang diaturkan oleh American International Assistance Services (AIAS) akibat pemindahan perubatan kecemasan. Semua keputusan mengenai cara pengangkutan dan destinasi terakhir akan dibuat oleh AIAS, berdasarkan keperluan perubatan semata-mata.

Berapa jumlah caruman yang perlu dibayar untuk menyertai pelan A-Medik?
Amaun caruman bagi A-Medik ditentukan oleh umur, kelas pekerjaan, jenis pelan pilihan dan mana-mana syarat pengunderaitan. Sila rujuk Jadual Kadar Caruman Tahunan.

Bagaimanakah cara saya boleh menyertai pelan A-Medik?
A-Medik boleh didapati melalui saluran pengedaran AGENSI kami. ANDA boleh menghubungi ejen bertauliah kami yang berdekatan dan berbincang tentang cara untuk anda memiliki pelan A-Medik. Sila hubungi Mohamad Khir 019-9904880 atau emel khir.aiapublictakaful@gmail.com.

Bagaimanakah cara saya boleh mengemukakan tuntutan?
Untuk membuat tuntutan, ANDA perlulah mengisi borang tuntutan yang berkaitan yang boleh didapati dari ejen AIA Public Takaful.

Bolehkah saya mendapatkan pelepasan cukai dengan menyertai pelan A-Medik?
BOLEH. Sijil ini boleh melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai peribadi tertakluk keputusan akhir Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Apa yang bakal berlaku jika saya gagal membuat bayaran caruman saya?
ANDA akan diberi tempoh tangguh selama 31 hari dari tarikh akhir caruman dan jika caruman masih lagi tidak dijelaskan pada penghujung tempoh penangguhan, sijil ini akan luput.

Adakah caruman A-Medik dijamin?
A-Medik adalah pelan yang dijamin boleh diperbaharui, tetapi kadar caruman adalah tidak dijamin. Pengendali Takaful berhak untuk menyemak semula kadar tersebut apabila sampai tempoh pembaharuan dengan memberi notis terlebih dahulu dalam tempoh 90 hari yang akan dihantar ke alamat surat-menyurat terakhir anda dalam rekod kami. Sebarang perubahan dalam caruman dan faedah hanya akan berkuatkuasa dari tarikh ulangtahun sijil.

Mohamad Khir Ismail
Life Planner Consultant
AIA Public Takaful Bhd



No comments:

Post a Comment